(",)

LoveHateFollowers

Wednesday, December 29, 2010

Random Pictures: Kenduri Tahlil Arwah Tok


Salam guys and girls. Today I would like to share the stories and pictures during the "kenduri tahlil" for my late grandmother. It was held on December 26 and it was quite a big ceremony. My cousin and I both agreed that it looks like someone's wedding and I blame my uncle for that. For me, it should not be that "meriah"/joyful, just enough with a little food and people but it is his money and I have no share at all to complaint.


I am glad that there are still people doing the "gotong-royong" for the "kenduri". Look at these people, they sacrificed their day because they were supposed to go to work that day. Thank you so much for coming.


These aunties here gave their best pose when I asked her to pose for the camera. I don't know the food they were cooking but I am sure that it is the best.


Ever heard of "gulai kawah batang pisang"? It is a common but special cooking here for "kenduri" in Kedah.

This is how it looks like after it has been cooked. It is tasty I tell you!


And guess what? All these men were the one cooking the "gulai". 


My cousin, Nazirul was in-charged of the drinks while I was doing the servings. 


This is the prove why I told you that it looks like someone's wedding. For me, "kenduri tahlil" shouldn't be this grand with canopies and all. 


This is the picture of my beloved grandmother, Allahyarhamah Che Mah Binti Awang that was taken when she went for Hajj in Mecca. May her rest in peace Ya Allah. Give her all your blessings.


"Tok, orang rindu tok sangat-sangat. Masa kenduri hari tu, orang tak rasa macam tok dah tak da pun, sebab macam tok ada lagi kat dapur tu. Kalau rumah tok buat kenduri, toklah yang paling sibuk buat persiapan tapi sekarang rasa lain sangat. Pak Long pun cakap lepas ni kat rumah tu mungkin tak akan ada kenduri lagi sebab dah tak ada orang kat rumah tok. Tok wan pulak Pak Long dengan Abah gilir-gilir jaga, rumah tok  memang dah kosong dan sunyi. Orang tak sampai hati nak balik rumah tok sorang-sorang sebab nanti orang teringat balik masa zaman orang lari balik rumah tok lepas gaduh dengan mak. Walaupun rumah tok dengan rumah orang jauh tapi orang kayuh juga basikal jumpa tok. Lepas tu tok selalu masak pajeri terung kat orang kan? Sekarang ni da tak da siapa-siapa yang nak masak kat orang. 

Tok, orang sedih sebab orang tak sempat jumpa tok sebelum tok meninggal. Lagi sedih bila mak cakap yang tok nak jumpa orang sangat-sangat tapi mak yang tak bagi orang balik. Tok pergi pada hari ketujuh bulan Ramadhan tahun ni, orang akan ingat tarikh tu sampai bila-bila. Bila orang sampai rumah tok tengah malam tu, jenazah tok da terbaring atas katil. Orang bacakan doa kat tok lepas tu orang sambung tidur sebab orang penat. Bila bangun esok tu kakak cakap dia nampak tok dalam mimpi dia. Tok pakai pakaian putih sambil tengok dia tapi tok tak datang tengok orang dalam mimpi orang pun. Mungkin tok marah orang tak balik tengok tok sebab sampai sekarang tok tak jenguk orang. Kakak dengan Iwan selalu teman tok kat hospital dulu masa tok sakit, tapi orang tak da kesempatan lansung nak jumpa tok. Orang minta maaf tok.

Lepas jenazah tok dimandikan, orang nampak muka tok macam tengah tidur. Orang rasa macam nak kejutkan tok ja waktu tu tapi bila orang cium pipi tok, orang tau yang tok tak akan balik lagi sampai bila-bila. Sekarang ni, kalau orang sedih orang da tak boleh telefon tok macam dulu dah. Orang rindu kat tok sangat-sangat tapi nak buat macam mana? Orang cuma boleh doakan supaya tok bahagia di sana.

Tok, baru 4 bulan tok tinggalkan kami semua tapi macam-macam dah jadi. Hubungan abah dengan Pak Long dah tak rapat macam dulu. Masa tok ada dulu tok selalu suruh anak-anak tok tu berbaik-baik sebab depa dua beradik ja dalam dunia ni. Sekarang ni dua-dua tak mau beralah tok. Ada lagi satu benda yang berlaku yang orang rasa sedih sangat bila pikir pasal benda tu. Memang kalau tok ada dalam dunia ni lagi, semua masalah ni tak akan jadi. 

Entahlah, masa tak boleh diundur. Mungkin satu hari nanti orang boleh jumpa tok ataupun hanya tengok dari jauh. Semuanya bergantung pada amalan orang kat atas dunia ni, tak lama lagi". 

Al-Fatihah.

2 comments:

hana said...

seyes ! sebak gila baca post ni :(

Azham Vosovic said...

Than you. I really have to pour my emotions out so this post is the best place. Lantak la orang nak cakap saya ni sensitif ke apa... All I know is that I love my grandma so much...

("-")