I have an online friend named Yousof; he has a cool "blue" blog and he is a very artistic blogger with skills ranging in writing, photo editing, photography and graphic design. Today, I would like to emphasize on Yousof's talent in graphic designing for his "sticker business" on pelekatku.blogspot.com. Let us get to know Yousof first before we go deeper into his sticker business and his other passions in life.
:Yousof's Profile:
Name: Mohd Yusof Bin Ngadi
Nickname: Yousof
Birth date: 5th May 1988
Origin: Kota Tinggi, Johor
Hobby: Reading, karaoke, cycling
Educational background:
-Sek. Ren. LKTP Felda Air Tawar 1
-SMK. Air Tawar, Felda Air Tawar 2
-Malaysia Institute of Integrative Media (previously known as Akademi TV3).
:The Interview:
1) Terima kasih saudara Yousof kerana sudi untuk ditemubual. Boleh saudara ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara?
-Saya merupakan anak kesepuluh daripada sebelas adik beradik, mak dan bapa saya berketurunan Jawa jadi saya pun Jawa namun tidak fasih berceloteh dalam bahasa Jawa; satu fakta menarik tentang orang Jawa, mereka menggelarkan anak kedua terakhir sebagai 'sapian'. Sekarang saya bekerja sebagai seorang pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan bumiputera dan selain papan iklan, saya biasa mereka grafik untuk kain rentang (banner), banting (bunting) dan pelekat (sticker).
2) Sejak bilakah saudara mula manulis blog dan apakah pendorong saudara pada waktu itu?
|
Bakat terpendam Yousof Ngadi |
-Ini yang agak segan nak jawab kerana saya sudah lama menulis tetapi blog saya masih macam itu juga. 5 November 2008, itu adalah tarikh blog pertama saya diwujudkan (sekarang sudah menjadi blog kedua) dan sejujurnya saya terpengaruh dengan blogger yang mampu menjana pendapatan hanya melalui blog sedangkan saya sendiri tidak tahu apa-apa pasal blog. Tidak lama selepas itu, saya mula berasa bosan kerana blog saya tidak mampu menarik perhatian pembaca apatah lagi menjana pendapatan melalui iklan. Pada masa yang sama, saya selalu membaca blog seorang kawan rapat dan akhirnya saya terfikir untuk membuat satu blog peribadi dan saya tidak akan lupa blog kawan saya itu kerana ia adalah sebab mengapa saya masih menulis blog sehingga kini.
3) Saudara sekarang terlibat dengan perniagaan "online" iaitu penjualan sticker. Apakah cerita di sebalik perniagaan dan minat berkenaan?
|
"Sticker" untuk gitar, bergaya! |
-Ya, ini boleh dikatakan sebagai kerja separuh masa yang sangat menyeronokkan bagi saya. Saya sebenarnya terlibat secara kebetulan; jika dilihat di internet, ramai peniaga perempuan yang aktif berniaga tudung, baju dan sebagainya tetapi tidak ramai yang menjual pelekat (readymade/custom) terutamanya secara online. Sejak daripada itu saya mula berniaga secara perlahan-lahan dengan menjual dan menghadiahkan pelekat kartun kegemaran kepada rakan-rakan blogger sebagai pengenalan perniagaan saya itu.
Untuk pengetahuan semua, blog pelekatku.blogspot.com itu bermula sebagai blog pertama yang terbengkalai dan akhirnya diberi nafas baru untuk dijadikan platform perniagaan online saya. Semakin lama saya semakin memahami kehendak pelanggan dan rasa penat itu akan hilang lebih-lebih lagi apabila ada pelanggan yang memuji hasil kerja saya.
4) Berapakah harga bagi setiap tempahan pelekat dan apakah jenis pelekat yang ditawarkan?
-Saya kategorikan pelekat ini kepada dua jenis termasuk rekaan dan kesemua pelekat ini dihasilkan menggunakan plastik berkualiti tinggi. Bagi pelekat cetakan dakwat/inkjet sticker (putih/lutsinar) bersaiz 4 cm x 4 cm,harganya adalah:
100-200 pcs= 35 sen/pc
300-500 pcs= 30 sen/pc
600-1000 pcs= 25 sen/c (free delivery)
1000pcs ke atas= 20 sen/pc (free delivery)
dan pelekat cetakan dakwat/inkjet sticker (putih/lutsinar) bersaiz saiz 8cm x 8 cm dijual dengan harga:
100-200 pcs= 75 sen/pc
300-500 pcs= 65 sen/pc (free delivery)
600 pcs ke atas= 55sen/pc (free delivery)
Bagi pelekat potong atau "cut out sticker" yang pantul cahaya atau biasa, harganya bergantung kepada saiz yang dikehendaki pelanggan.
|
Yousof juga mengambil tempahan kad nama/perniagaan |
5) Bagaimanakah pula cara untuk orang ramai menghubungi saudara untuk menempah pelekat?
|
Sticker untuk majlis perkahwinan hasil rekaan Yousof |
4) Sempat juga saudara membahagikan masa di antara bekerja, menulis blog dan juga menyiapkan tempahan?
|
Pelekat telefon yang sangat "cool" kan? |
-Kebetulan bidang kerja saya juga adalah dalam sektor yang sama; majikan juga amat memahami minat saya jadi tidak ada masalah untuk saya fokus kepada tempahan apabila ada masa terluang pada waktu petang setelah kerja di pejabat berkurangan. Apabila pelanggan sudah mengesahkan "design" setelah 2-3 kali diubah, saya akan mula mencetak pelekat yang selalunya mengambil masa 1-2 hari sahaja dan saya kan kopek dan potong mengikut saiz sampul dan sedia untuk diterbangkan melalui PosEkspress.
5) Setakat ini apakah lakaran pelekat yang paling saudara sayang?
-Lakaran yang paling saya sayang tentulah lakaran kartun diri saya sendiri walaupun ia jauh lebih kacak daripada diri saya yang sebenar. Pada mulanya kartun itu adalah untuk projek t-shirt saya dan kawan pada suatu masa dahulu namun disebabkan kekurangan peruntukan, kami hanya mampu mencetak tulisan sahaja pada t-shirt berkenaan. Ramai kawan-kawan anak saudara saya yang membeli pelekat kartun saya itu, syukur!
|
"Sticker Bomb" untuk laptop, sangat menarik!
Saya tetap suka hampir semua lakaran pelekat yang telah dijual namun tidak semua lakaran yang dihasilkan merupakan idea saya sepenuhnya. Ada juga lakaran pelanggan yang disunting oleh saya dan ada juga yang diambil contoh daripada internet.
|
:The End:
That's all the time we have for our interview and for those who are interested in purchasing stickers for business/name card, sticker bomb, wedding sticker, mug sticker and all, please head on to pelekatku.blogspot.com or email Yousof at yusofngadi@gmail.com for more information. I am interested in getting my own sticky sticker soon so Yousof, please design a sticky sticker name card for me yeah! Take care and God bless you people :)