(",)

LoveHateFollowers

Thursday, September 20, 2012

BZ


Will find time to go blog-walking in the weekend insyaallah, take care and God bless all my blog readers and followers :)

Wednesday, September 12, 2012

The Interview

tumblr
    Hey boys and girls! I am so very sorry for the long hiatus; been busy settling down at my new home, Kolej 15 UPM plus the subjects I'm taking this semester have started to give me a serious chill. I am actually quite clueless of what to update here on my boring blog; so far I have done a string of interesting interviews with my friends on the internet of various background. For those who have missed my blog posts of the interviews, feel free to check them out here:







    Here is a little favour I need from all of you; can you suggest me any other kinds of interviews with the people that you know who has something interesting to talk about? Maybe a blogger who is devoted to charity works, your friend who keeps a lot of cats at his/her house or anybody with anything special for me to blog about it. This is just an exercise for me to becoming a journalist one day, plus it will be a great experience getting to know a lot of people on-line. You can either drop a comment down here or personally email me at azhamvosovic@gmail.com or inbox me on my Facebook account. That is all for tonight, take care and God bless everybody on earth *hugs :)

P/S: I need to chill out, anybody care to date me hehe?

Tuesday, September 4, 2012

Nursing It with Nurul Akmal

:Background Music:
How to Save a Life-The Fray
    Welcome to The Wards; the homes of the nurses where you will be in good hands until you are ready to get up and get hurt again. Yes, in one of these days you will fall sick under the blanket of a hospital bed praying hard to God to bless you with the remaining 8 lives of your life. For some people their hospital experience is gruesome but for many their stay in the ward is so enjoyable that they feel reluctant to be back home. This is the reality of the profession the noble nurses around the globe deal with to aid the patients through a speed recovery. Some of these nurses are being underrated of their capability to nurse a patient so I have invited Nurul Akmal to give a talk about nursing and clear the misconception of certain issues so let us get to know her first.


Nurul Akmal's Profile



Full name: Nurul Akmal Binti Kamaruzaman
Nickname: Chemay or Kemay
Birth date: 25th December 1992
Origin: Kuala Lipis, Pahang
Educational background:
-Sek. Keb. Indera Shahbandar Pahang,
-Sek. Men. Keb. Clifford, Kuala Lipis,
-Kolej Matrikulasi Pahang,
-Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.
Blog: http://teddysweetheart.blogspot.com/

THE INTERVIEW
1) Boleh saudari ceritakan tentang bagaimana saudari terlibat dalam bidang kejururawatan ini?

-Secara jujurnya, bidang ini bukan minat saya kerana saya lebih sukakan kerja yang boleh dilakukan tanpa terikat dengan sesiapa tetapi melibatkan kemahiran dan banyak interaksi dengan orang ramai. Sebenarnya saya mendapat tawaran ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Malaysia Pahang selepas tamat pengajian di pusat matrikulasi namun ibu bapa lebih senang saya bekerja dengan kerajaan jadi saya ikutkan sahaja. 

2) Apakah jenis-jenis kursus yang perlu ditempuhi sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang jururawat?

-Untuk menjadi seorang jururawat masyarakat, anda perlu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil yang selalunya mengambil masa selama 2 tahun. Bagi staff nurse pula, anda perlu mendaftar di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan menghabiskan pengajian di peringkat diploma selama 3 tahun termasuk dengan praktikal 6-9 minggu pada setiap semester. Kelas teori selalunya berlangsung selama 2 hingga 4 bulan sahaja dalam setiap semester namun semakin senior anda dalam peringkat pengajian maka kelas teori akan semakin berkurang. Semasa Semester 6, anda hanya perlu menghadiri kelas teori selama 2 minggu sahaja dan selebihnya anda perlu menjalani praktikal sehingga semester berkenaan tamat. Sekiranya berminat anda bolehlah membaca blog post saya tentang cara-cara permohonan berserta prosedur berkaitan di sini.


3) Apakah pula berbezaan jururawat yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam atau kolej kejururawatan berbanding kolej swasta? 

-Ini agak sensitif sebenarnya kerana ada banyak cakap-cakap yang membezakan diantara pelajar kolej milik kerajaan dan swasta. Bagi saya, kualiti yang dimiliki adalah sama tidak kiralah anda keluaran mana sekalipun; kita belajar perkara yang sama, mempraktikkan kemahiran sama dan cuma yang membezakan adalah sikap kita. Mungkin ada yang cakap pelajar kolej kerajaan ini banyak main-main kerana perbelanjaan kami ditanggung namun mereka patut berfikir dua kali. Kenapa perlu bermain-main apabila masa depan sudah dikatakan cerah? Elaun bulanan yang diterima adalah hasil cukai yang dibayar oleh ibu bapa kami juga dan kami tidak akan membazirkannya sesuka hati sama juga dengan pelajar kolej swasta yang membuat pinjaman PTPTN yang perlu membuat pembayaran balik setelah tamat pengajian. Tidak ada bezanya antara jururawat lulusan kolej kerajaan dengan kolej swasta kerana kita perlu sentiasa bersama bersatu untuk membantu orang lain kerana itu motto kita; kita tidak boleh bermain-main dalam menyelamatkan nyawa manusia. 

4) Sepanjang saudari meningkatkan kemahiran sebagai seorang jururawat ini, apa agaknya kenangan manis dan pahit yang telah ditempuhi?
-Setakat ini tidak banyak cabaran lagi kerana saya masih dalam Semester 3 tetapi pada semester lepas saya pernah dapat "bacteremia". Dua minggu jugalah demam disebabkan kecuaian sendiri yang tidak berhati-hati semasa memegang peralatan dan pesakit kerana bakteria masuk melalui luka di tangan saya. Selepas itu saya terus serik dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kenangan sedih pula apabila berhadapan dengan pemergian pesakit yang sudah mula rapat membuatkan saya terlalu tertekan sehingga menangis selama seminggu kerana teringatkan arwah. Tidak lama selepas itu baru saya sedar yang saya perlu kuat untuk menjadi seorang jururawat, bukan sahaja kekuatan fizikal malahan emosi juga. 

5) Pada pendapat saudari, apakah langkah-langkah yang boleh diambil pihak berkenaan untuk mengekang kadar pengangguran dalam kalangan jururawat?
-Seperti yang kita semua tahu, kerajaan sendiri telah mempunyai kolej kejururawatan jadi ini bergantung kepada kebijaksanaan pelajar swasta juga dalam membuat pilihan kerana risikonya adalah sangat tinggi. Memang pihak kerajaan masih mengambil jururawat keluaran pihak swasta untuk bekerja tetapi peratusannya adalah sangat sikit. Saya berpendapat bahawa pihak swasta patut mengurangkan atau menghentikan pengambilan pelajar dalam bidang ini kerana apabila kuota jururawat sudah dipenuhi maka akan lebih ramai yang menganggur.  Namun begitu, ada juga pihak swasta yang mempunyai hospital sendiri jadi mereka sangatlah bertuah jika dapat bekerja di sektor swasta kerana gaji mereka agak mahal. Untuk mengekang masalah pengangguran pula saya rasa kerajaan sudah menghentikan pengambilan pelajar bidang kejururawatan untuk tahun-tahun akan datang kerana bilangan pelajar yang terpilih berada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini pun sudah ramai. Tapi saya sendiri tidak dapat mengesahkan berita berkenaan kerana ianya mungkin sekadar khabar angin dalam kalangan kami sahaja. 

6) Apakah pandangan saudari tentang penglibatan jururawat lelaki dalam bidang ini?

Sebenarnya jururawat lelaki sudah lama wujud cuma bilangannya sangat sedikit jika dibandingkan dengan jururawat perempuan sehinggakan wad-wad lelaki terpaksa menggunakan khidmat jururawat perempuan. Sekarang kolej saya sudah mula mengambil ramai pelajar lelaki dan kami rasa bersyukur sangat kerana satu hari nanti jururawat perempuan akan dikurangkan tugasnya di wad-wad lelaki. Sebagai seorang Muslim, kita mesti mahu mengurangkan sentuhan dan menjaga aurat antara lelaki dan perempuan. Bagus juga ada jururawat lelaki bahkan lagi sesuai bagi yang gagah perkasa untuk mengangkat, memujuk dan menasihati pesakit lelaki.

7) Sedikit nasihat saudari kepada masyarakat di luar sana supaya lebih menghargai tugas seorang jururawat dan bukan sekadar memberi sepenuh penghargaan kepada seorang doktor sahaja?
1001 faces of the nurses to-be :)
-Anda perlulah menghargai tugas seorang jururawat kerana kami juga bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan pesakit. Jika tiada jururawat nanti siapa yang akan menjaga anda di dalam wad itu bukan? Saya juga berharap bahawa orang lelaki di luar sana sedar yang tugas seorang jururawat juga boleh dipikul oleh seorang lelaki, jadi bukalah minda anda seluas-luasnya dan rebutlah peluang ini.

THE END

    Nurul Akmal will definitely make a great nurse one day with her spirit and enthusiasm in the profession, like the old tale of the famous Florence Nightingale who established her own training school for the nurses which is the mother of the idea of the nursing school we have today. To Nurul Akmal and all the nurses out there I wish you all the best in saving our life :)

("-")