(",)

LoveHateFollowers

Tuesday, September 4, 2012

Nursing It with Nurul Akmal

:Background Music:
How to Save a Life-The Fray
    Welcome to The Wards; the homes of the nurses where you will be in good hands until you are ready to get up and get hurt again. Yes, in one of these days you will fall sick under the blanket of a hospital bed praying hard to God to bless you with the remaining 8 lives of your life. For some people their hospital experience is gruesome but for many their stay in the ward is so enjoyable that they feel reluctant to be back home. This is the reality of the profession the noble nurses around the globe deal with to aid the patients through a speed recovery. Some of these nurses are being underrated of their capability to nurse a patient so I have invited Nurul Akmal to give a talk about nursing and clear the misconception of certain issues so let us get to know her first.


Nurul Akmal's Profile



Full name: Nurul Akmal Binti Kamaruzaman
Nickname: Chemay or Kemay
Birth date: 25th December 1992
Origin: Kuala Lipis, Pahang
Educational background:
-Sek. Keb. Indera Shahbandar Pahang,
-Sek. Men. Keb. Clifford, Kuala Lipis,
-Kolej Matrikulasi Pahang,
-Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.
Blog: http://teddysweetheart.blogspot.com/

THE INTERVIEW
1) Boleh saudari ceritakan tentang bagaimana saudari terlibat dalam bidang kejururawatan ini?

-Secara jujurnya, bidang ini bukan minat saya kerana saya lebih sukakan kerja yang boleh dilakukan tanpa terikat dengan sesiapa tetapi melibatkan kemahiran dan banyak interaksi dengan orang ramai. Sebenarnya saya mendapat tawaran ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Malaysia Pahang selepas tamat pengajian di pusat matrikulasi namun ibu bapa lebih senang saya bekerja dengan kerajaan jadi saya ikutkan sahaja. 

2) Apakah jenis-jenis kursus yang perlu ditempuhi sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang jururawat?

-Untuk menjadi seorang jururawat masyarakat, anda perlu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil yang selalunya mengambil masa selama 2 tahun. Bagi staff nurse pula, anda perlu mendaftar di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan menghabiskan pengajian di peringkat diploma selama 3 tahun termasuk dengan praktikal 6-9 minggu pada setiap semester. Kelas teori selalunya berlangsung selama 2 hingga 4 bulan sahaja dalam setiap semester namun semakin senior anda dalam peringkat pengajian maka kelas teori akan semakin berkurang. Semasa Semester 6, anda hanya perlu menghadiri kelas teori selama 2 minggu sahaja dan selebihnya anda perlu menjalani praktikal sehingga semester berkenaan tamat. Sekiranya berminat anda bolehlah membaca blog post saya tentang cara-cara permohonan berserta prosedur berkaitan di sini.


3) Apakah pula berbezaan jururawat yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam atau kolej kejururawatan berbanding kolej swasta? 

-Ini agak sensitif sebenarnya kerana ada banyak cakap-cakap yang membezakan diantara pelajar kolej milik kerajaan dan swasta. Bagi saya, kualiti yang dimiliki adalah sama tidak kiralah anda keluaran mana sekalipun; kita belajar perkara yang sama, mempraktikkan kemahiran sama dan cuma yang membezakan adalah sikap kita. Mungkin ada yang cakap pelajar kolej kerajaan ini banyak main-main kerana perbelanjaan kami ditanggung namun mereka patut berfikir dua kali. Kenapa perlu bermain-main apabila masa depan sudah dikatakan cerah? Elaun bulanan yang diterima adalah hasil cukai yang dibayar oleh ibu bapa kami juga dan kami tidak akan membazirkannya sesuka hati sama juga dengan pelajar kolej swasta yang membuat pinjaman PTPTN yang perlu membuat pembayaran balik setelah tamat pengajian. Tidak ada bezanya antara jururawat lulusan kolej kerajaan dengan kolej swasta kerana kita perlu sentiasa bersama bersatu untuk membantu orang lain kerana itu motto kita; kita tidak boleh bermain-main dalam menyelamatkan nyawa manusia. 

4) Sepanjang saudari meningkatkan kemahiran sebagai seorang jururawat ini, apa agaknya kenangan manis dan pahit yang telah ditempuhi?
-Setakat ini tidak banyak cabaran lagi kerana saya masih dalam Semester 3 tetapi pada semester lepas saya pernah dapat "bacteremia". Dua minggu jugalah demam disebabkan kecuaian sendiri yang tidak berhati-hati semasa memegang peralatan dan pesakit kerana bakteria masuk melalui luka di tangan saya. Selepas itu saya terus serik dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kenangan sedih pula apabila berhadapan dengan pemergian pesakit yang sudah mula rapat membuatkan saya terlalu tertekan sehingga menangis selama seminggu kerana teringatkan arwah. Tidak lama selepas itu baru saya sedar yang saya perlu kuat untuk menjadi seorang jururawat, bukan sahaja kekuatan fizikal malahan emosi juga. 

5) Pada pendapat saudari, apakah langkah-langkah yang boleh diambil pihak berkenaan untuk mengekang kadar pengangguran dalam kalangan jururawat?
-Seperti yang kita semua tahu, kerajaan sendiri telah mempunyai kolej kejururawatan jadi ini bergantung kepada kebijaksanaan pelajar swasta juga dalam membuat pilihan kerana risikonya adalah sangat tinggi. Memang pihak kerajaan masih mengambil jururawat keluaran pihak swasta untuk bekerja tetapi peratusannya adalah sangat sikit. Saya berpendapat bahawa pihak swasta patut mengurangkan atau menghentikan pengambilan pelajar dalam bidang ini kerana apabila kuota jururawat sudah dipenuhi maka akan lebih ramai yang menganggur.  Namun begitu, ada juga pihak swasta yang mempunyai hospital sendiri jadi mereka sangatlah bertuah jika dapat bekerja di sektor swasta kerana gaji mereka agak mahal. Untuk mengekang masalah pengangguran pula saya rasa kerajaan sudah menghentikan pengambilan pelajar bidang kejururawatan untuk tahun-tahun akan datang kerana bilangan pelajar yang terpilih berada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini pun sudah ramai. Tapi saya sendiri tidak dapat mengesahkan berita berkenaan kerana ianya mungkin sekadar khabar angin dalam kalangan kami sahaja. 

6) Apakah pandangan saudari tentang penglibatan jururawat lelaki dalam bidang ini?

Sebenarnya jururawat lelaki sudah lama wujud cuma bilangannya sangat sedikit jika dibandingkan dengan jururawat perempuan sehinggakan wad-wad lelaki terpaksa menggunakan khidmat jururawat perempuan. Sekarang kolej saya sudah mula mengambil ramai pelajar lelaki dan kami rasa bersyukur sangat kerana satu hari nanti jururawat perempuan akan dikurangkan tugasnya di wad-wad lelaki. Sebagai seorang Muslim, kita mesti mahu mengurangkan sentuhan dan menjaga aurat antara lelaki dan perempuan. Bagus juga ada jururawat lelaki bahkan lagi sesuai bagi yang gagah perkasa untuk mengangkat, memujuk dan menasihati pesakit lelaki.

7) Sedikit nasihat saudari kepada masyarakat di luar sana supaya lebih menghargai tugas seorang jururawat dan bukan sekadar memberi sepenuh penghargaan kepada seorang doktor sahaja?
1001 faces of the nurses to-be :)
-Anda perlulah menghargai tugas seorang jururawat kerana kami juga bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan pesakit. Jika tiada jururawat nanti siapa yang akan menjaga anda di dalam wad itu bukan? Saya juga berharap bahawa orang lelaki di luar sana sedar yang tugas seorang jururawat juga boleh dipikul oleh seorang lelaki, jadi bukalah minda anda seluas-luasnya dan rebutlah peluang ini.

THE END

    Nurul Akmal will definitely make a great nurse one day with her spirit and enthusiasm in the profession, like the old tale of the famous Florence Nightingale who established her own training school for the nurses which is the mother of the idea of the nursing school we have today. To Nurul Akmal and all the nurses out there I wish you all the best in saving our life :)

39 comments:

Mira Adzlia said...

suke tgk nurse...tp nk jd nurse, mmg xla..xminat...huhu...sbb tkut ngn tmpt yg namenye hospital..huhu

chemay said...

haaa malu pulak bila baca jawapan sendiri hehe.
btw its a nice entry from you azham.
keep it up!
<3

Azham Vsvc said...

Mira Adzlia: heheh....takut hospital eyh? Abes nanti nak beranak kt umah bidan ke? hehehe gurau je hahaha! Tak pe, sebab itu lah perbezaan perkerjaan kita semua, ada yg boleh jadi doktor, jadi cikgu, jadi pemandu, semua berbeza untuk accommodate the different types of the human beings.

Chemay: I ada curi 2 gambar sebenarnya, harap jangan marah hehehe.... It's okay, jawapan Chemay sangat baik hehe...senang nak transcribe heheh :)

依之汉 said...

Membaca... dengan rasa "this is girl".. LoL

Azham Vsvc said...

Izham: haha ada juga part di mana Nurul Akmal bercakap pasal jururawat lelaki hehe :)

Hanie Dew said...

dah agak dah...

aku mmg tak pernah bercita cita jd jururawat..takut..

Azham Vsvc said...

Hanie: hehe....takut apa tu? Darah? Takut doktor? Takut jarum? hehehe

Gen2Merah said...

kadang2 saya pun suka datang ke Hospital atau klinik kerajaan berbanding klinik swasta.. sebab nurse2 nya cantik2 belaka.. ekekeke...

Nick Nashram said...

boleh la cari nurse or doktor as your soulmate..nanti kalo sakit or demam, senang sikit ade orang nak jaga..hehehe :)

syAzAnA said...

Syaz dulu pernah dapat offer Diploma Jururawat. Tapi, syaz tolak and ambil matrik dan seterusnya engineering.

Tapi, maybe lepas amek engineering, nak amek kursus nurse kat open uni. Sebab jadi jururawat ni kita boleh jaga diri sendiri dan keluarga terdekat. Cukuplah nak ada ilmu je. :)

Azham Vsvc said...

Gen2Merah: hehe...amboi niat lain yeah! hahaha....byk yg muda2 kt klinik kerajaan hehe...

Nick: hehe...yea la tu Nick sy je lah yang kena kahwin dulu kan? Awak tu yang kena kahwen dulu huhuh....

Syaz: hehe....wah baguslah ada cita2 mcm tu....senang sikit nak jaga suami dan anak-anak nanti kan? hehehehe

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for dropping by my blog...

Psss...bru jeww teringat kat chemay...here u r...telling stories about her....

Azham Vsvc said...

Henrietta: hehe untunglah ada orang ingat kat Chemay heheheh! thanks for dropping by here :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

chemay la ni?

*buat buat tanya*

kinda interesting question n answer session :)

Azham Vsvc said...

Zuan: hehe...bukan ni Nurul Akmal haha...baru tau nama sebenar beliau disebabkan interview ni..bestlah dapat kenal lebih mendalam pasal diri seseorang melalui cara ini hehe :)

Yousof said...

Love the background music! ;D

Ok selama ni aku tersilap faham, aku ingat sebutan nama Chemay adala 'ce mei' hihi.

Apa pun aku nak kata gambar jururawat atas sekali tu comel ;P Benda kita tak minat tak bermakna kita tak boleh buat dengan jayanya kan.. Lama² minat tu bertambah sikit demi sikit kan. Semoga Chemay mampu menggalas tanggungjawab seorang jururawat insyaAllah.


Jururawat perempuan memang bagus, paling kurang dapat memberi seri kepada pesakit ;D Tapi Sepanjang yang aku tau dan alami, jururawat/ doktor perempuan tak ramai yang pakai sarung tangan. Aku sendiri naik segan lebih² lagi masa nak check lutut dulu..

Yousof said...

*Eh pasal interview aku tu secara jujur memang aku baru dapat baca sekali imbas je, belum sempat jawab sebab agak sibuk. Sorry eh. InsyaAllah aku cuba siapkan, rasanya tak sepanjang Chemay kot ;D

Aziela said...

I have been surrounded by nursing world since born..hahahahha. Now, daripada nurse pencen sampaiilah nurse sebaya chemay ada kat dalam family. Owh..hospital dah macam second home kot...

P/S : Tqsm adikkk. Akak baru receive sbb baru start kerja. Memula pelik. Apa kena mengena Taylor Swift? Rupa2nya...your dreamed ehem ehemmm ekkk? Hahahhaha. I love her too...

Azham Vsvc said...

Ucop: haha samalah aku igt sebutannya mcm tu gak, rupanya Kemay hehe...

Haha, untunglah Chemay org puji gambar dia hehe, yeap lama2 mesti akan develop rasa sayang pd profesion tu nanti, lgpon kerjaya Chemay tu sgt murni hehehe....

Hehe, mungkin diorang malas kot nak pakai sarung tangan, sebab nanti nak kena tukar sarung tangan lain untuk pegang pesakit lain, diorang lagi suka basuh tangan je? hehe, Mohon Chemay jawab!

Pasal interview tu kau amek je masa sebanyak mungkin hehe....soalan aku bagi tu pon macam susah hehe ;)

Aziela: Hehe, akak lahir dalam keluarga jururawat eyh? hehehe....baguslah, kerjaya yg murni tu hehehe. hehe, second home? Bahaya tu akak, lepas ni keja jauhkan diri drp hospital hehee....

Yeay, akak dah dpt kad saya, sukanya hehehe! Yes, Taylor Swift tu ehem-ehem saya hehe :)

Wan Ahmad Izudean said...

hajat tak kesampaian untuk masuk medical field. dulu nak sangat jadi pharmacist.sebab dah masuk UPM so tawaran untuk jadi pharmacist terpaksalah dilupakan.

Azham Vsvc said...

Ized: La minat bidang perubatan rupanya hehe...tak apalah I think the course you are doing is the closest to medical field, this time it's better because you're dealing with animals hehehe :)

KorN said...

oh, ini rupa nya chemay.. tgk gmbr mula tu ingtkan chemay mana lah tadik... pastu tgk kat komen, ooo die ke..

eh azham, ape maksud Vsvc tu?

Akue Achik said...

fuhh...chemay! :)

kwn sy pun bkal jd nurse..tiap kali dgr dia crita psal patients yg dia jaga, kdg2 feel like puke..huhuhu..

jd nurse, hati kena kuat..seriously..

best of luck to you chemay! :)

Eazy Izzuddin said...

lama tak mai sini ..
whoaa..
sesi interview ..
nice2
:)

Eva said...

Dulu pernah nak jd nurse tp takut dgn darah nak pengsan tgk haha.. Sronok mbc. Alangkah bgsnya suma jururawat berfikiran mcm Nurul akma ni.. Mesti dia baik n peramah dgn pesakit..

Tracey said...

cerita pasal nurse =)

Syazwan Che Deraman said...

good bro.
banyakkan buat entry macam ni jugak.

banyak benda boleh dikongsikan.

:)

Woofer Storm said...

waa chemay tu..kim salam je la^^

Orked said...

Sempat blaja dlm nursing course selama dua bulan kat UITM Puncak Alam before masuk IPBA...sempat blaja cara basuh tgn, pakai glove, n baju je..then masuk IPBA...hahaha...best gile exp dgn kawan2x...

Edy Fee said...

la knal gak ke si chemay ni.hurmmm hahahaaa kwn sek aku

Azham Vsvc said...

KorN: hehe ni la Chemay hehe... Kalau nak tahu maksud Vsvc tu kena check my page "About Azham Vsvc" kt atas tu hehehe

Achik: hehe...seronok kan sbb kwn2 kita skrg tgh kejar cita-cita dia yang berbeza dgn kita, jadi ada banyak benda yg boleh diperbualkan nanti hehe....

Eazy: hehe thanks sbb sudi menjenguk kembali hehehe....

Azham Vsvc said...

eva: hehe...takut eyh? Nasib baik tak jadi nurse eh nanti pengsan je hehe! Teringin nk tgk Nurul Akmal in person, bersama-sama dengan pesakit beliau nanti hehe!

Tracey: hehe best tak?

Syazwan: hehe...insyaallah. Sekarang nak tambahkan banyak informasi dalam blog hehe

Azham Vsvc said...

Woofer Storm: hehe....Chemay sila jawab salam hehe!

Orked: haha oh ye ke? Sempat gak la merasa kerja jururawat ni? hehe.... untunglah dapat belajar pakai glove hahahah!

Azham Vsvc said...

Edy: haha yeap kenal Chemay dlm tahun lepas hehe...tu la kecik je kan dunia ni? heheheh

Nisa Greennnpanda said...

nice interview, hehe.. >_<

keep up the good work to all nurses & nurses-to-be~!!! ^_^

Azham Vsvc said...

Nisa: haha terima kaseh, sebab banyak informasi dpt dikongsi oleh Chemay kepada orang ramai hehe :)

CekbOlat-bOlat said...

ouh,ingt sape tdi.. upenye si cntik chemay :)

bolat takut dgn darah :(

Cikgu Ma said...

nama be;iau sropa la..tp akak Nur... n she is Nurul =)

Azham Vsvc said...

bolat: hehe...itulah Chemay bakal nurse cantik dalam industri kejururawatan negara hehe :)

Cikgu Ma: hehe...amacam blog post ni? Berguna tak? heheheh

("-")